(Video) Rupanya Puteri Balqis Dah Lama ‘Pro’ Trade Forex? Berhenti Kecam Beliau!

0 12,380

Setelah artikel berkenaan isu viral artis cilik Puteri Balqis yang menyatakan ingin menggunakan wang sumbangan untuk trade forex mendapat sambutan hangat pembaca, Team Intraday terpanggil untuk menulis artikel susulan berkenaan beliau.

Dengan kemunculan kisah kesusahan yang dihadapi oleh pelakon cilik dan berbakat tanah air Puteri Balqis ini, pelbagai reaksi diluahkan oleh netizen di media sosial.

Ada pihak yang mengambil berat dan prihatin terhadap nasib yang menimpa beliau. Tak kurang juga pelbagai kecaman terpaksa ditelan oleh pelakon tersebut hingga terpaksa menyahaktifkan akaun instagram miliknya.

Memeranjatkan dan heboh sini sana tentang Puteri Balqis yang menyebut tentang forex dalam klip beliau ketika ditanyakan oleh Dato’ Aliff Syukri. (baca di sini)

Namun, apa yang mengejutkan ialah rupa-rupanya Puteri Balqis sudah lama mengenali dunia trading!

Hal ini didedahkan melalui sebuah rakaman video oleh seorang netizen di ruangan komen. Klip video berkenaan didapati daripada laman instagram Puteri Balqis yang kini telah dinyahaktifkan.


Berdasarkan video tersebut, kelihatan pelakon cilik berkenaan sedang menerangkan tentang indikator bolinger band dan moving average. Melihat daripada penjelasan beliau tentang chart di telefon pintar, berkemungkinan ketika itu beliau baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia forex trading.

Sebelum ini ramai netizen membuat spekulasi bahawa ibunya yang trade forex. Tetapi, dalam video berkenaan jelas menunjukkan bahawa Puteri Balqis sendiri yang sudah mempunyai asas forex trading.

Pendapat kami di Intraday selaku Website Info Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia :

Ketika rakan-rakan seusianya sedang bergembira bermain aplikasi di telefon pintar seperti tiktok dan sebagainya, Puteri Balqis sebaliknya mengambil inisiatif memilih untuk mula belajar tentang forex trading.

Ini merupakan satu perkara yang baik dengan pendedahan awal tentang forex trading di usia yang sangat muda. Bermula awal, beliau mempunyai tempoh yang lebih panjang untuk pembelajaran sebelum mencapai tahap yang lebih matang lebih awal berbanding trader yang lain.

Akan tetapi, sebelum memulakan langkah dalam dunia forex trading, setiap individu perlulah mempunyai sistem kewangan yang kukuh dan stabil. Selain itu juga, psikologi dan emosi perlu berada di tahap yang terbaik.

Hal ini demikian kerana pasaran forex terdedah dengan pelbagai risiko dan berhadapan dengan bermacam-macam situasi yang tidak dijangka. Jadi perlu ada persiapan yang rapi.

Oleh itu, tidak salah untuk sesiapa sahaja untuk mula trade forex!

Tidak salah sekiranya kita menyokong usaha beliau dan beri galakan yang positif. Jika betul-betul serius, ambil inisiatif untuk belajar di platform yang betul sebelum benar-benar bersedia untuk aktif dalam bidang trading.

Oleh itu, mereka yang lebih memahami bidang trading ini sepatutnya berbangga dengan tindakan Puteri Balqis kerana melihat forex trading sebagai salah satu cabang pendapatan di saat masih ramai memandang serong bidang ini.

Mana tahu, selepas ini beliau berjaya mencipta nama dan bergelar jutawan forex termuda Malaysia.

Kami doakan semoga Puteri Balqis terus maju dalam bidang forex dan pasaran kewangan ini!

Bagi yang nak mula trade forex, boleh mula dapatkan buku Panduan Lengkap Mula Trade Forex dari INTRADAY – klik sini

Anda mungkin juga berminat