[Video] Syarikat Monspace Diserbu KPDNHEP Disyaki Terbabit Dalam Skim Piramid

0 3,884

Sebuah syarikat multinasional yang terletak di ibu negara diserbu  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana disyaki terbabit dalam skim piramid.

16 premis yang dikaitkan dengan syarikat e-dagang Monspace Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya hari ini telah kerana didakwa menjalankan pelaburan haram atau skim “permainan wang”.

Berdasarkan sumber sahih, serbuan di lokasi terbabit dilakukan bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 5 petang. Serbuan operasi besar-besar itu telah dilakukan dengan bantuan kerjasama Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pihak polis.

Sehingga jam 5 petang, operasi yang dijalankan dipremis syarikat di sekitar ibu negara dan Selangor itu telah membawa rampasan pelbagai dokumen dan peralatan. Serbuan akan diteruskan pada hari ini di lokasi berbeza.

Syarikat yang diketuai seorang individu bergelar Datuk Seri itu telah menjalankan pelbagai perniagaan yang menggunakan konsep skim piramid. Difahamkan, 19 individu berwarga negara China telah membuat laporan polis pada bulan Mei tahun lepas dan mendakwa bahawa mereka telah kehilangan ratusan ribu ringgit.Sejak itu, aduan demi aduan telah dilakukan.

MonSpace telah disenaraihitamkan dalam senarai Financial Consumer Alert list.

Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Senarai terbaru menunjukkan 291 syarikat telah berada di bawah perhatian BNM.

Kes itu akan disiasat di bawah undang-undang Akta Jualan Langsung dan Anti-Pyramid.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa