Vietnam Bakal Menjadi Sasaran Seterusnya Tarif Trump?

1,246

Vietnam merupakan sebuah negara yang mendapat manfaat besar dalam perang dagang AS-China, kini berkemungkinan akan mendapat perhatian tidak terduga daripada Presiden Donald Trump.

Dalam temu ramah Fox Business Network, Trump mengatakan bahawa pihak AS sedang berbincang dengan Vietnam. Bagi Trump, Vietnam adalah antara pendera paling buruk terhadap negara-negara lain.

Pada bulan lepas, Kementeri Kewangan AS telah memasukkan Vietnam dalam senarai yang dipantau kerana terdapat kemungkinan unsur manipulasi matawang berlaku. Indeks negara VN jatuh 1.7% pada hari ini, kejatuhan terbanyak sejak Februari 12.

Vietnam telah mendapat banyak manfaat dalam eksport dan pelaburan luar negara berikutan banyak syarikat yang memindahkan operasi pengeluaran China ke Vietnam bagi mengelakkan tarif AS. Dalam masa yang sama, Vietnam juga mencatat lebihan dagangan dengan US berjumlah $20 billion sejak 2014.

Setakat ini belum ada maklum balas daripada Menteri Luar Negara Vietnam terhadap komen Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat