Visa & Mastercard Ikut Jejak Langkah Putuskan Kerjasama Dengan Binance?

2,442

Pada bulan ini, komuniti kripto dikejutkan dengan kritikan institusi terhadap syarikat pertukaran kripto terkemuka, Binance. Walaupun banyak organisasi perbankan telah melarang pengguna mereka untuk berinteraksi dengan Binance, Visa dan Mastercard menegaskan bahawa mereka masih lagi menaruh kepercayaan terhadap Binance di dunia.

Dengan pertumbuhan dan perkhidmatan meluas yang dikecapi, Binance telah mendapat perhatian pengawalseliaan dari pelbagai pemain industri. Bermula dengan tindakan tegas daripada Afrika Selatan dan Jepun, pertukaran kripto Binance terpaksa menghentikan operasinya atas perintah kerajaan United Kingdom (UK).

Menurut Financial Conduct Authority (FCA) dalam pengumumannya, “Binance Markets Limited tidak dibernarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti sah di UK.” Setelah itu, Agensi Perkhidmatan Kewangan (FSA) yang merupakan badan pengawalseliaan Jepun telah mengeluarkan amaran terhadap pertukaran kripto Binance. Amaran ini dikeluarkan kerana soal siasat mendapati bahawa Binance beroperasi tanpa lesen khusus seperti yang termaktub dalam garis panduan baru.

Walaupun usaha pertukaran untuk meningkatkan syarat pematuhannya terus berlanjut dengan pengambilan pekerja baru, namun beberapa organisasi kewangan berhenti menjalankan perniagaan dengannya.

Ianya termasuk beberapa gergasi Eropah seperti Barclays dan Santander. Walau bagaimanapun, syarikat perkhidmatan kewangan multinasional AS, Visa dan Mastercard, mempunyai pendekatan yang lebih baik.

Menurut laporan Financial Times, Visa sedang berbincang dengan Binance bagi memantau perkembangan yang terkait dengan FCA UK. Disisi lain, Mastercard turut menyatakan nada yang sama terutama tentang bagaimana Binance cuba memenuhi syarat peraturan.

Setakat ini, tidak ada syarikat yang merancang untuk menghalang pelanggan mereka daripada memindahkan dana ke akaun Binance menggunakan kad mereka.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat