Visa, Mastercard & Paypal Yakin Mata Wang Kripto Bukanlah Ancaman

515

Ketika pihak kerajaan seluruh dunia sangsi dengan mata wang kripto, perkhidmatan pembayaran gergasi – Visa, Mastercard, dan PayPal tidak melihat aset digital ini sebagai satu ancaman.

Dalam satu program oleh firma kajian yang berpangkalan di New York, MoffettNathanson baru-baru ini, ketiga-tiga syarikat itu mendedahkan mereka lebih berfikiran terbuka dan mahu meneruskan pelaburan terhadap ekosistem kripto walaupun industri ini berhadapan tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya kerajaan.

Visa

Kripto merupakan satu medium yang sangat relevan kerana mampu mengatasi kebolehannya sebagai alat pembayaran semata-mata.

Syarikat ini tampil sebagai penyelesaian lapisan-2 susulan daripada integrasi antara fiat-kripto.

Dijangka pertumbuhan transaksi Visa akan meningkat kuat dalam satu hingga dua tahun selepas kerjasama dengan beberapa wallets kripto.

Mastercard

Syarikat ini menyaksikan pengukuhan yang luar biasa susulan daripada penawaran pembayaran kripto rentas sempadan baik di bursa kripto dan wallets.

Maka tidak hairanlah Mastercard melihat kripto sebagai satu peluang untuk melancarkan lebih banyak produk baharu, dan mungkin akan menyokong platform non-fungible token (NFT) tidak lama lagi.

Malah, Mastercard merancang untuk menambah lagi mata wang kripto terhadap beberapa rangkaiannya sebagai aset natif untuk pembayaran kelak.

PayPal

Untuk pengetahuan syarikat sedang membuat pelaburan untuk mewujudkan inisiatif berkaitan pendidikan dengan harapan lebih ramai didedahkan dengan kripto.

PayPal turut bergiat usaha dalam menubuhkan sebuah platform yang akan membenarkan interaksi dengan rangkaian DeFi.

Seperkara lagi, firma ini juga mahu memperkenalkan kemudahan untuk pengguna membuat pemindahan masuk dan keluar aset kripto dari wallet dengan cara yang lebih selamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat