Semakin berkembang sektor kripto dengan penambahan lagi firma besar, Visa yang dilaporkan akan menyokong perdagangan matawang kripto.
CEO Visa, Al Kelly memberitahu, rancangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk bekerjasama dengan beberapa platform pertukaran kripto dan wallets.
Jelasnya, langkah yang diambil akan memudahkan lagi pengguna untuk membeli matawang kripto menggunakan kelayakan Visa atau membeli fiat dengan menukarkan kepada tunai dengan kelayakan Visa di mana-mana 70 juta perniagaan yang menyokong Visa.
Kelly juga turut menjelaskan dalam segmen terbaru itu akan turut dimuatkan matawang digital yang disokong fiat termasuk stablecoins dan matawang digital bank pusat (CBDC).
Perkembangan inovasi pembayaran ini berpotensi untuk digunakan dalam perdagangan global sama seperti matawang fiat yang lain.
Setakat ini, Kelly memberitahu sebanyak 35 organisasi berminat untuk mengeluarkan kad Visa. Antaranya, Crypto.com, Blockfi, Fold dan Bitpanda.