Vitalik Dedahkan Ethereum Beralih Ke Fasa Baru Selepas ‘The Merge’

211

Vitalik Buterin, co-founder Ethereum (ETH) dilaporkan telah melaksanakan pelan hala tuju (roadmap) teknikal ETH baharu bagi menambah baik rintangan penapisan serta rangkaian desentralisasinya.

Ulas beliau bahawa pelan tersebut akan menyaksikan enam bahagian lain, iaitu Scourge peringkat ketiga baharu selepas Surge, dan kemudian akan diteruskan dengan Verge, Purge dan Splurge.

Difahamkan, selepas peralihan ETH kepada rangkaian proof-of-stake (PoS) yang digelar The Merge telah dilaksanakan, Buterin telah wujudkan Surge untuk mencapai 100,000 transaksi sesaat melalui rollup*.

*melaksanakan pelaksanaan transaksi di luar blok blok ETH utama dan menghantar data transaksi kembali ke rangkaian ETH utama

Selain daripada Surge, Scourge berfungsi untuk memastikan kemasukan transaksi adalah daripada individu yang dipercayai dan tiada pihak ketiga ekoran terdapat miners bertindak mengeksploit transaksi di rangkaian ETH untuk kepentingannya sendiri.

Namun begitu, Buterin akan sentiasa membuat pelan yang boleh dipercayai dan telus agar tindakan tersebut tidak akan sesekali mendiskriminasi sesuatu pihak .

Dalam pada itu, ETH dikatakan telah tingkatkan pembaharuan itu selepas The Merge demi menghalang miners daripada laksanakan penipuan transaksi untuk menjana sejumlah keuntungan.

Buterin menegaskan bahawa penyelesaian “Partial Block Auction” hanya memberi pembina blok hak untuk memutuskan beberapa kandungan blok tersebut sungguhpun informasi berkaitan Scourge belum dinyatakan dengan jelas.

Tambahnya lagi, beliau akan memasukkan teknologi Succinct Non-Interactive Argument of Knowledge (SNARK) ke ETH untuk kemas kini berkaitan Verge yang membenarkan transaksi tanpa nama dikesan serta mewujudkan privasi.

Dalam pada itu, ETH turut melancarkan quantum-proofness** pada pelbagai peringkat pelan hala tuju ETH sebagai salah satu komponen yang diperlukan dalam protokol.

**Algoritma kriptografi yang dianggap selamat terhadap serangan kriptanalitik oleh komputer kuantum

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat