Vladimir Putin Bakal Jadikan Kripto Sebagai ‘Senjata’ Untuk Menang Perang Ukraine

415

Pegawai Perbendaharaan AS memberi amaran bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin mensasarkan penggunaan mata wang kripto untuk mengelak gelombang sekatan ekonomi sebagai jalan keluar setelah pencerobohan kejamnya ke atas Ukraine.

Putin turut dilabelkan menjadi ahli terbaru crypto bro* yang semakin berkembang pesat.

*Seseorang yang mempunyai pemahaman lemah tentang aplikasi mata wang kripto atau blockchain, namun membentuk pendapat yang sangat kuat.

Menurut Jabatan Perbendaharaan, beberapa individu penting Rusia turut mengkaji kegunaan kripto sebagai langkah untuk keluar dari tekanan sekatan.

Malah, dua entiti dan 22 individu ditemui membantu membiayai perang Putin melalui aset digital, manakala penolong setiausaha Perbendaharaan Elizabeth Rosenberg mengulas bahawa mata wang berasaskan blockchain boleh digunakan untuk mengelak sekatan.

Difahamkan, amaran tersebut dibuat semasa Senate Committee on Banking dan Housing and Urban Affairs membincangkan rintangan seterusnya yang akan berlaku terhadap Rusia.

Rusia juga dilaporkan telah membangunkan mata wang digital sendiri seawal Februari bagi membolehkan perdagangan dengan negara lain tanpa perlu menukarnya kepada dolar.

Dan Rusia membangunkan teknologi untuk menyembunyikan asal usul urus niaga kerana exchanger kripto biasanya boleh dikesan kembali pada blockchain.

Dalam pada itu, Rosenburg menyatakan bahawa penyekatan mixers kripto akan menjadi cara terbaik untuk membanteras entiti asing yang cuba menyalahgunakan aset digital dan mencuci dana.

Tambahnya lagi, beliau tidak akan bertolak ansur dengan pengubahan wang haram sama ada penjenayah Rusia, warga Iran, Korea Utara atau lain-lain.

Pada sumber berbeza, Perbendaharaan pernah membuat amaran sebelum ini dengan mengatakan exchanger kripto tidak membuat semakan latar belakang dan peraturan anti-pengubahan wang haram seperti yang dilakukan oleh bank.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat