Vladimir Putin Letak Jawatan Presiden Rusia?

2,045

Presiden Rusia, Vladimir Putin didakwa merancang bakal meletakkan jawatan pada awal tahun hadapan kerana faktor kesihatan.

Dakwa para pemantau Rusia, sebuah video baru-baru ini menunjukkan Putin yang kini telah berusia 68 tahun didapati mempunyai simptom penyakit Parkinson.

Ujar para pemantau tersebut, pergerakan kaki Putin dilihat tidak normal dan beliau kelihatan sakit ketika memegang kerusi.

Malahan, jari-jarinya juga menggigil ketika memegang pen dan Putin didakwa minum secawan air yang mengandungi ubat penahan sakit.

Spekulasi itu semakin bertiup kencang apabila sebuah undang-undang dirangka bagi membolehkan Putin dilantik sebagai Senator untuk sepanjang hidupnya ketika beliau melepaskan jawatannya.

Cadangan berkenaan dikemukakan oleh Putin sendiri bagi menjamin beliau memperoleh imuniti yang sah daripada pihak pendakwa raya dan hak negara sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Wujud dakwaan bahawa kekasih kepada Putin iaitu Alina Kabaeva dan anak perempuannya, Maria Vorontsova menasihatkan beliau agar melepaskan jawatannya.

Ujar seorang saintis politik Rusia, Profesor Valery Solovei, Putin diramalkan akan melantik Perdana Menteri baharu yang akan dilatih dengan baik untuk menjadi penggantinya.

Sebelum ini, pentadbiran Putin sering kali menafikan khabar angin tentang rancangan peletakan jawatannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat