Vortex Sasar Raih RM33.8 Juta Melalui Tawaran Saham Persendirian

271

Syarikat yang disenaraikan di Pasaran ACE, Vortex Consolidated Bhd, merancang mengumpul sehingga RM33.8 juta menerusi tawaran saham persendirian dan terbitan waran terutamanya untuk membiayai projek pembangunan hartanah bercampur, The Louvre.

Vortex dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata, cadangan penawaran saham persendirian dengan waran itu melibatkan terbitan sehingga 291.35 juta tawaran saham dengan penawaran waran sehingga 145.67 juta bagi asas satu penawaran waran bagi setiap dua tawaran saham.

Menurut Vortex Consolidated, anak syarikat milik penuhnya, Paris Dynasty Land Sdn Bhd (PDLSB), ketika ini terlibat dalam The Louvre, projek yang merangkumi kedai runcit gaya hidup dan pangsapuri berperkhidmatan yang terletak di Country Heights, Kajang, Selangor.

“Anggaran nilai pembangunan kasar bagi The Louvre adalah RM345.42 juta dan projek ini telah dimulakan pada Mac 2015 dan dijangka siap pada Jun 2022.

“Peratusan siap pada 31 Mac 2021 adalah 41.87%,” jelasnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Setakat 31 Mac tahun ini, PDLSB menanggung kos pembangunan dan kos berkaitan lain sebanyak RM167.32 juta untuk projek ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat