Wabak Koronavirus Semakin Membimbangkan, Ini Yang Terjadi Di Pasaran Saham!

1,158

Penyakit Misteri atau lebih dikenali sebagai wabak koronavirus yang melanda Wuhan semakin membimbangkan ramai orang seantero dunia. Kini dilaporkan penularan wabak novel koronavirus sehingga mengakibatkan seramai 81 orang maut pada hari Isnin dan lebih 2,761 orang disahkan positif. Hal ini telah mengakibatkan kerajaan China melanjutkan cuti Tahun Baru Cina dan banyak perniagaan kecil mahupun besar ditutup dan para kakitangan bekerja dari rumah.

Koronavirus merupakan virus yang boleh menyebabkan radang paru-paru. Ia pertama kali dilaporkan pada bulan Disember dan disyaki berpunca daripada pasar makanan laut di bandar Wuhan. Virus ini telah mengingatkan kembali kepada virus SARS yang pernah merebak suatu ketika dahulu iaitu pda tahun 2003. Virus SARS telah meragut hampir 800 nyawa.

Justeru, penularan wabak koronavirus yang semakin membimbangkan ini telah mencetuskan situasi panik dalam pasaran kerana trauma dengan kesan virus SARS yang pernah melanda dunia pada suatu ketika dahulu. Ramai khuatir ia akan memberi kesan kepada ekonomi kerana penularan virus ini akan menghalang orang ramai daripada menjalankan aktiviti ekonomi dan secara tidak langsung perbelanjaan akan menurun, lantas menyebabkan ekonomi jatuh.

Pada hari ini, dilaporkan pasaran saham dan minyak telah jatuh berikutan pemain pasaran mengalihkan pelaburan mereka keapda safe haven seperti emas.

Pasaran saham pelancongan dan runcit yang bergantung kepada permintaan China telah jatuh menjunam. Syarikat seperti IAG telah jatuh melebihi 4.5%. Disisi lain saham-saham berkaitan penjagaan kesihatan dan sarung tangan mengaut keuntungan positif.

Menurut pendapat Naeem Aslam, yang merupakan pengurus analisis di AvaTrade berpendapat bahawa virus tersebut telah menjadi virus berbahaya yang mengakibatkan kematian dan menyebabkan panik dalam pasaran. Tambah beliau sebarang kejutan dalam ekonomi China akan beri kesan lanjutan dan pasaran komoditi akan benar-benar terjejas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat