Wah! Apa Cerita Ni Tiba-Tiba Ekuiti Global Buat Kejutan?

268

Dengan penanda aras hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengalami penyusutan dan dolar melemah seketika, ekuiti Wall Street dilihat mengambil peluang meraih keuntungan.

Menjelang ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada Khamis, hasil Perbendaharaan dilihat susut selepas mencapai paras tertinggi 3 bulan dengan hasil 10 tahun pada 3.28%.

Rentetan itu, ekuiti Wall Street mengambil peluang dengan Dow Jones Industrial Average naik 1.4% pada 31,581.28, S&P 500 capai 1.83% pada 3,979.87 dan Nasdaq Composite tambah 2.14% pada 11,791.90.

Beralih ke zon Eropah, indeks STOXX 600 hilang 0.57% sementara tolok MSCI saham seluruh dunia raih 1.06%.

Di rantau Asia, Nikkei 225 naik 1.62% sementara Topix lonjak 1.6% tatkala Kospi Korea Selatan canak 0.33% dan S&P/ASX 200 capai 0.41%.

Ulas ketua strategi global LPL Financial, Quincy Krosby, berdasarkan situasi saham yang terlebih jual ia memberi gambaran bahawa bakal terdapat lantunan tidak lama lagi.

Sungguhpun begitu, pelabur masih tidak menolak kemungkinan kenaikan kadar faedah yang agresif, sebanyak 75 mata asas, dengan Powell dijangka akan mengesahkan pandangan tersebut.

Turut tidak dilupakan Bank Pusat Eropah (ECB) juga bakal mengumumkan kenaikan kadar faedahnya pada malam ini.

Bagi komoditi, minyak mentah Brent jatuh $4.83 pada $88 iaitu penyusutan di bawah $90 pertama kali sejak 8 Februari sementara WTI turun $4.94 pada $81.94.

Spot emas naik 0.9% pada $1,716.70 per anus.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat