Wah, Seronok Bursa & Ringgit Main Gelongsor Pagi Ini

218

Bursa Malaysia gagal membendung kebimbangan prestasi negatif Wall Street semalaman untuk di buka lemah pada pertengahan minggu ini.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, pasaran tempatan mencerminkan pergerakan turun naik tidak menentu dan ini memberi kesan kepada Bursa sungguhpun mungkin terdapat bargain-hunting pada saham perbankan.

Atas faktor itu juga firma meramalkan julat pergerakan Bursa Malaysia berlegar pada 1,405-1,420 pada hari Rabu.

Untuk pengetahun, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) turun 4.13 mata pada 1,406.74 daripada penutupan Selasa pada 1,410.87 dengan pembukaan lemah 3.55 mata pada 1,407.38.

Di pasaran meluas, kerugian pada 368 atasi keuntungan pada 169, manakala 270 kaunter pula tidak berubah, 1,591 tidak didagangkan dan 38 digantung.

Jumlah perolehan pada 498.83 juta unit bernilai RM317.57 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank Bhd tambah 2 sen pada RM4.23, Petronas Chemicals Group Bhd capai 1 sen pada RM8.36 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM5.91.

Maybank dan  CIMB Group Holdings Bhd susut 1 sen pada RM8.56 dan RM5.11 sementara Tenaga Nasional Bhd (TNB) turun 3 sen pada RM8.69.

Saham aktif memperlihatkan PT Resources Holdings Bhd naik 3.5 sen pada 40.5 sen, Velesto Energy Bhd kekal pada 11.5 sen, Cnergenz Bhd jatuh 4 sen pada RM1.08 dan LGMS Bhd turun 1 sen pada RM1.23.

Di papan indeks, FBM Emas kurang 30.3 mata pada 10,049.64, FBM 70 kuncup 34.83 mata pada 12,212.48, FBMT 100 turun 28.51 mata pada 9,795, FBM Emas Shariah susut 25.24 mata pada 10,151.32 dan FBM ACE susut 33.06 mata pada 4,675.32.

Segi sektor, indeks Tenaga turun 7.02 mata pada 680.13, indeks Perladangan jatuh 36.55 mata pada 6,543.53,  indeks Perkhidmatan Kewangan hilang 53.24 mata pada 15,901.32 dan indeks Produk serta Perkhidmatan jatuh 0.5 mata pada 171,19.

Sementara itu, ringgit masih dalam penyusutan pada 4.6140/4.6155 berbanding dolar daripada penutupan 4.6100/4.6120 semalam tatkala inflasi global memuncak pada kadar tertinggi 40 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat