Verasity tampaknya menyaksikan pergerakan harga positif pada sesi dagangan hari ini walaupun pasaran sedang dilanda lautan merah.
Sesi dagangan semalam, Verasity telah mencatatkan paras tertinggi terbaru mencapai paras harga $0.024 dengan menghasilkan 23% lonjakan.
Antara faktor yang mungkin mempengaruhi lonjakan tersebut ialah Liquidity Mining APR yang dijalankan di Gate.io dengan kedudukan ke-3 dalam carta.
š„https://t.co/8kWqgEeplL's Liquidity Mining Is On Fireš„
š¾Today's liquidity mining APR ranking updateš¾
šToday's No.1 ranking is $LIKE, did u guess it?š
ā”ļøParticipate in our liquidity mining: https://t.co/YlBL4IUZ8P#cryptocurrency #cryptotrade pic.twitter.com/KsxKfRRPLa
— Gate.io (@gate_io) August 17, 2021
Kini Verasity memiliki permodalan pasaran lebih $89 juta dengan jumlah dagangan lebih $38 juta dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menilai kepada sudut teknikal pada carta VRA/USDT, pergerakan harga dilihat mengekalkan trend bullish dan sedang berlegar-legar untuk memasuki kembali zon resistance $0.023.
Jika pergerakan harga berjaya menembusi zon resistance $0.023 tersebut, harga dijangka bakal membuat lonjakan yang lebih tinggi dan seterusnya membuat paras tertinggi terbaru.
Namun jika pergerakan harga gagal meneruskan trend bullish, zon RBS (resistance become support) $0.020 bakal diuji semula samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang terendah.
Semasa penulisan, Verasity didagangkan pada harga sekitar $0.022. Koin kini berada di kedudukan ke-379 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto VRA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.