Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Tegaskan Kenaikan Tarif Ke Atas Barangan Import China Sebanyak 15% Bermula 1 September!

359

Wakil Pentadbiran Perdagangan Amerika Syarikat telah menegaskan kembali pada hari Rabu bahawa pelan Presiden Donald Trump bagi mengenakan tarif tambahan sebanyak 5% ke atas $300 billion barangan import China pada September 1 dan Disember 15.

USTR telah menyatakan bahawa Federal Register yang merupakan jurnal rasmi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat mengenalpasti bahawa pentadbiran AS akan mengenakan tarif sebanyak 15% terhadap beberapa barangan yang disasarkan bermula September 1. Selebihnya barangan seperti telefon pintar dan komputer riba akan dikenakan sebanyak 15% pada 15 Disember nanti. Sebelum ini pentadbiran Trump merancang untuk kenakan tarif tambahan sebanyak 10% ke atas barangan import China.

Peningkatan tarif tambahan ini diumumkan oleh Trump pada Jumaat lepas di laman Twitter beliau sebagai respon kepada pengenaan tarif China sebanyak $75 billion ke atas barangan AS termasuk minyak mentah.

Pada minggu ini, pasaran telah berhadapan dengan kenyataan yang bertentangan oleh kedua-dua belah pihak menyebabkan isu perdagangan AS-China masih berada dalam peringkat yang belum reda.

Trump pada awalnya telah menyatakan pada hari Isnin bahawa beliau telah menerima panggilan daripada pihak pentadbiran China bahawa mereka inginkan rundingan diteruskan. Walaubagaimanapun kenyataan tersebut dinafikan oleh pihak pentabiran China bahawa mereka tidak membuat panggilan mahupun menerimanya.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.18% pada paras 98.083 setakat jam 11.00 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat