Walau Bergelut Hutang, Evergrande Sedia Bersaing Dengan Tesla!

184

‘Masalah hutang belum selesai, agak mengejutkan Evergrande keluarkan kereta elektrik.’

Anak syarikat Evergrande China, New Energy Vehicle Group bersedia menakluki indsutri kereta elektrik (EV) dengan mula mengagihkan model kenderaannya kepada pelanggan.

Menerusi akaun rasmi syarikat di Wechat, New Energy Vehicle difahamkan telah mula menghantar model Hengchi 5 kepada 100 pelanggan pertama bermula Sabtu lepas.

Sebagai pengetahuan, anak syarikat itu telah melancarkan pengeluaran kenderaan tersebut pada bulan lepas di tapak pembuatan Tianjin dan menyasarkan pengeluaran sebanyak 1 juta kenderaan menjelang 2025.

Evergrande yang diapit kontroversi hutang off-shore dan on-shore akibat kegagalan pembayaran telah dikenakan status default pada awal tahun ini.

Situasi tersebut juga telah mencetus kekacauan dalam sektor hartanah China memandangkan Evergrande merangkumi sebahagian besar projek perumahan di sana dan ia memaksa campur tangan daripada kerajaan.

Ketika itu, Presiden Xi Jinping sendiri telah memaksa beberapa syarikat milik kerajaan membeli sebahagian pegangan Evergrande bagi menyelesaikan isu hutang on-shore syarikat.

Berbalik kepada berita asal, sumber mengatakan Evergrande merancang untuk menjadikan industri EV sebagai teras perniagaan baharu mereka.

Syarikat dikatakan juga sedang melipat gandakan usaha pengeluaran model ke-2 EV tersebut untuk disiapkan seawal pertengahan tahun 2023 dan siap sepenuhnya pada tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat