Walaupun Berdepan Tekanan, Komoditi Ini Tetap Menguat

351

Harga minyak kekal didagangkan stabil disokong oleh tanda-tanda positif dalam pakej rangsangan AS, di tengah-tengah kekhuatiran yang meningkat terhadap permintaan bahan bakar yang terjejas akibat lonjakan kes Covid-19.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $44.27 setong, manakala WTI Amerika Syarikat positif pada $41.90 setong.

Menurut laporan terbaru, Senator Demokrat Chuck Schumer mengatakan Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell telah bersetuju untuk memulakan semula rundingan bantuan rangsangan coronavirus.

Hal ini sedikit sebanyak telah membantu meredakan kebimbangan pasaran terhadap lonjakan kes Covid-19 di Amerika Syarikat.

Kemasukan ke hospital di AS telah melonjak hampir 50% dalam tempoh dua minggu, memaksa negara untuk mengenakan sekatan baru untuk membendung penularan coronavirus.

Namun begitu, keputusan terbaru Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin untuk tidak melanjutkan program bantuan pinjaman kecemasan kepada Federal Reserve (Fed) telah mencetuskan kekhuatiran terhadap ekonomi AS yang masih bergelut untuk pulih.

Program pinjaman tersebut telah memainkan peranan utama dengan melindungi negara itu daripada mengalami kemelesetan teruk akibat dilanda pandemik Covid-19.

Sementara itu, pasaran terus mengharapkan OPEC+ untuk menangguhkan rancangan pelonggaran pemotongan pengeluaran minyak mentah pada mesyuarat akhir bulan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat