Walaupun Covid-19 Melanda, Jepun Tekad Teruskan Sukan Olimpik

125

Sukan Olimpik Tokyo akan tetap berlangsung pada tahun hadapan meskipun penularan wabak Covid-19 belum reda sepenuhnya.

Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Julian Coates mengesahkan Sukan Olimpik akan berlangsung pada 23 Julai tahun hadapan selain menggelarkan acara sukan tersebut sebagai ‘Permainan yang menguasai Covid’.

IOC sebelum ini memberitahu mereka akan tetap mengadakan Sukan Olimpik pada tahun hadapan dan tidak mahu menangguhkannya terlalu lama.

April lalu, Ketua Sukan Olimpik, Yoshiro Mori berkata, acara berkenaan akan dibatalkan sekiranya ia tidak dijalankan pada tahun hadapan.

Sukan Olimpik pada awalnya dijadualkan berlangsung pada Julai lalu tetapi ditangguhkan akibat Covid-19.

Pada Julai lalu, Ketua Pegawai Sukan Olimpik Tokyo, Toshiro Muto memaklumkan kemungkinan acara sukan berkenaan akan diadakan di hadapan penonton yang dihadkan.

Tambah Muto, pihaknya mencadangkan majlis pembukaan dan penutup acara itu diadakan dalam suasana serba ringkas serta mengurangkan bilangan kakitangan dan delegasi dari setiap negara.

Dianggarkan lebih 11,000 atlet dari 200 buah negara dijadualkan mengambil bahagian dalam acara sukan berlangsung setiap empat tahun sekali itu.

Para pakar kesihatan bagaimanapun meragui sama ada Sukan Olimpik boleh diadakan tanpa sebarang penyediaan vaksin.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat