Walaupun ‘Dibeli’ Firma China, Ubisoft Kekal Berkuasa Buat Keputusan Sendiri

135

‘Katanya kedaulatan syarikat masih dipegang, tapi firma China tu dilihat membeli sejumlah besar pegangan.’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ubisoft, syarikat pembuat permainan video terbesar Perancis, mengatakan mereka masih berkuasa membuat keputusan perjanjian kerjasama walaupun kepentingannya dibeli Tencent dari China.

Kenyataan tersebut dizahirkan CEO Yves Guillemot bagi meredakan spekulasi yang kuat mengatakan bahawa syarikat kehilangan majoriti kuasanya dalam membuat keputusan selepas Tencent peroleh 11% kepentingan.

Jelas Guillemot bahawa syarikat kekal sepenuhnya bebas dan mereka boleh berunding dengan mana-mana syarikat luar jika mahukan.

Sebagai rekod Tencent telah membeli sejumlah 11% kepentingan Ubisoft, menyaksikan saham syarikat susut 17% sehari kemudian, pada nilai sekurang-kurangnya $10 bilion bulan lepas.

Tindakan tersebut secara tidak langsung menguatkan spekulasi bahawa Tencent secara sah mengambil alih keseluruhan syarikat memandangkan Guillemot memegang kepentingan minoriti kumpulan itu.

Dalam pada itu, Ubisoft telah membelanjakan hampir 200 juta Euro dalam bentuk tunai bagi mengekalkan operasinya sepanjang tahun kewangan 2020/2021 berbanding jumlah 169 juta tahun sebelum.

Antara permainan popular keluaran Ubisoft adalah Assassin’s Creed, Far Cry dan Rainbow Six.

Setakat penulisan ini saham Ubisoft didagangkan positif 016% pada €36.59 sementara saham Tencent canak 1.72% pada HKD307.00

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat