Walaupun Euro Suram, EUR/USD Tetap Rekodkan Ketinggian Terbaru 9 Minggu!

116

US dolar terus memaparkan prestasi suram pada hari kedua dagangan minggu ini apabila masih bergerak susut pada sesi New York semalam.

Pelabur masih berwaspada menantikan pula terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) hari ini selain jangkaan terhadap fasa pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) yang semakin hampiri penghujungnya, menjadi faktor US dolar melemah ketika ini.

Mata wang Euro gagal memanfaatkan peluang untuk melanjutkan peningkatan nilainya ke paras lebih tinggi susulan terkesan oleh data tinjauan ZEW ekonomi Jerman yang merosot bagi bulan Julai.

Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya berjaya membuat kenaikan awal di sesi Asia semalam ke paras ketinggian terbaru 9 minggu sekitar 1.10250.

Namun, susulan penyusutan Euro di sesi Eropah menyaksikan harga berundur turun semula di bawah paras 1.10000 dan mencecah sekitar 1.09800.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut diuji namun tidak berjaya ditembusi sebelum harga membuat lantunan semula untuk menutup dagangan penghujung sesi New York di atas paras 1.10000 semula.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Rabu), harga naik semula dan berjaya mengatasi sedikit ketinggian dicapai semalam dan berpotensi untuk catat paras ketinggian terbaru lagi sementara US dolar terus alami penyusutan.

Sasaran untuk kenaikan yang diteruskan adalah menguji zon 1.10700 dan jika terus melepasi ke paras lebih tinggi, sasaran akan beralih hingga ke ketinggian 1.12000.

Sementara, jika harga berbalik arah menunjukkan penurunan ketara melepasi 1.10000 dan sokongan MA50, pelabur akan menilai sebagai perubahan trend bearish telah bermula.

Penurunan harga dijangka akan menguji zon 1.09000 sebelum melanjutkan penurunan hingga ke zon tumpuan seterusnya pada 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat