Walaupun Junam, Harga Minyak Masih Juara!

223

Ketidaktentuan dalam pasaran kewangan turut mengheret dagangan minyak mentah untuk jatuh dari paras ketinggian tujuh tahun.

Namun, kebimbangan berterusan mengenai kemelut antara Ukraine dan Rusia membantu mengimbangi pasaran minyak mentah untuk kembali didagangkan stabil pada sesi dagangan hari ini.

Terdahulu, harga minyak telah mencatat kejatuhan terbesarnya untuk tahun ini pada Isnin disebabkan kemerosotan dalam pasaran saham Wall Street dan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur.

Ini menyebabkan dagangan minyak mentah ditutup lebih rendah 2% pada sesi sebelum ini. Ketidaktentuan dalam pasaran sebahagian besarnya dipengaruhi oleh keresahan pelabur menjelang mesyuarat polisi FOMC.

Walaupun begitu, seiring dengan pasaran saham yang kembali meningkat sebelum akhir sesi New York, dagangan komoditi hitam turut mendapat dorongan untuk meningkat semula pada sesi Asia.

Peningkatan ini turut disokong oleh kerisauan pasaran terhadap perkembangan mengenai kemelut antara Rusia dan Ukraine yang telah melibatkan campur tangan daripada Amerika Syarikat.

Menuju pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan stabil pada sekitar harga $87 setong. Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit berubah pada $84 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat