Walaupun Kes Covid-19 Meninggi, UK Longgarkan Lagi Sekatan

185

Para pemimpin di seluruh dunia tampaknya teragak-agak sama ada sistem kesihatan mereka mampu mengawal penularan varian Omicron yang semakin meluas dan bertindak sewajarnya.

Namun, tidak bagi Perdana Menteri UK, Boris Johnson yang terus yakin untuk tidak melaksanakan semula penutupan (lockdown) meskipun kes Covid-19 melonjak tinggi di negara itu.

Malah, PM Johnson melonggarkan lagi sekatan perjalanan di England, dengan membatalkan keperluan untuk pelawat menjalani ujian pra-berlepas dan kuarantin semasa ketibaan sehingga mereka diuji negatif.

Langkah tersebut dibuat untuk tidak menggalakkan orang ramai daripada melakukan perjalanan kerana takut terperangkap di luar negara dan menampung kos yang besar.

Susulan jumlah kes harian melepasi angka 200,000 dalam beberapa hari kebelakangan ini, PM johnson berkata sekatan perjalanan yang diperketatkan bulan lalu kini dilihat tidak berkesan.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan peraturan ujian untuk penduduk di England tanpa gejala akan diringankan.

Sementara orang yang tidak mempunyai gejala yang diuji positif tidak lagi memerlukan ujian pengesahan PCR mulai 11 Januari. Sebaliknya, mereka yang menerima keputusan positif pada peranti akan dikehendaki mengasingkan diri dengan segera.

Sistem serupa akan dilancarkan di Scotland dan Wales mulai Khamis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat