Walaupun Laporan Pekerjaan Australia Kukuh, AUD/USD Gagal Melonjak Tinggi

251

Penurunan harga sukar dibendung lagi pada carta pasangan mata wang AUD/USD susulan keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi menyaksikan lonjakan nilai US dolar dalam pasaran.

Federal Reserve (Fed) dalam mesyuarat dasar terbaru telah menyampaikan kenyataan bernada hawkish dengan melihat kadar kenaikan akan dijangkakan pada tahun-tahun berikutnya.

Harga pada carta AUD/USD semalam pada mulanya bergerak mendatar di atas paras 0.77000 sebelum menjunam 100 pips sehingga mencecah paras 0.76000 susulan keputusan mesyuarat FOMC.

Penurunan tersebut dilihat telah berjaya menembusi zon support harga pada 0.76500 untuk menambahkan lagi petunjuk untuk trend bearish selepas pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD sejak awal minggu lagi.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Khamis menyaksikan harga membuat kenaikan semula susulan reaksi pasaran terhadap laporan data pekerjaan Australia untuk bulan Mei yang diterbitkan dengan bacaan yang memberangsangkan.

Namun kenaikan harga dilihat gagal untuk melepasi paras 0.76500 pada zon SBR (support become resistance) dengan jangkaan untuk harga menyambung penurunan lebih rendah pada sesi-sesi berikutnya susulan pengukuhan semula US dolar.

Penurunan harga bakal menguji zon support pada 0.75700-0.75300 yang masih belum ditembusi harga pada dagangan tahun 2021 ini dan hanya diuji pada awal April lalu.

Penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru tahun ini yang juga paras terendah bagi tempoh dagangan 6 bulan.

Untuk situasi kenaikan harga pula, jika harga berjaya melepasi zon SBR 0.76500, harga akan menguji kembali paras rintangan minggu lalu sekitar 0.77600.

Seterusnya, zon rintangan 0.78300 akan menjadi sasaran harga untuk momentum kenaikan yang terus dikekalkan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat