Walaupun Pasaran Bergerak Perlahan, USD Tetap Teguh!

465

US dolar kekal stabil ketika pasaran memasuki sesi Eropah, memperlihatkan raja matawang itu terus mengekalkan momentum pengukuhan di paras tertinggi tahun ini.

Bagaimanapun, penurunan dalam hasil bon AS 10 tahun membantutkan matawang gergasi itu daripada meningkat lebih tinggi menyebabkan prestasi yang dipamerkan pada sesi dagangan hari ini sedikit suram.

Data jualan runcit China yang positif sedikit sebanyak membantu menyokong sentimen pasaran pada dua sesi hari ini, memberi sokongan buat matawang sensitif risiko untuk mencatat kenaikan.

Dolar Aussie dan kiwi diniagakan sedikit meningkat, cuba bangkit dari paras terendah yang dicatatkan susulan pengukuhan US dolar minggu lalu dengan masing-masing didagangkan pada sekitar harga 0.73550 dan 0.70600 berbanding USD.

Sementara matawang Eropah pula, euro kekal lemah ditekan oleh dolar greenback yang kuat menyebabkannya terus berada di tahap terendah 16 bulan pada sesi Eropah.

Matawang pound pula terus didagangkan di bawah tekanan, gagal memanfaatkan penyusutan US dolar pada awal sesi sebelum ini. Berita mengenai Brexit hanya memberi sokongan minima buat dagangan matawang itu kerana masih terkesan dengan langkah dovish oleh Bank Pusat England (BOE).

Menjadi tumpuan pelabur pound pada minggu ini adalah data inflasi dan jualan runcit UK yang akan menjadi penentu seterusnya kepada pergerakan matawang ‘cable’ itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat