Walaupun Pasaran Kripto Suram, Ada Yang Beli NFT CryptoPunks Bernilai $4.5 Juta!

270

Sungguhpun pasaran jualan non-fungible token (NFT) semakin menyusut sejak kebelakangan ini, tetap ada pelabur yang mengambil peluang untuk membeli dan menjual karya seni digital tersebut.

Baru-baru ini, NFT terkenal CryptoPunks #2924 berjaya dijual dengan harga Ethereum (ETH) bernilai $4.5 juta.

Walaupun harganya jatuh lebih rendah semasa jualan, ini menunjukkan harga jualan keempat terbesar CryptoPunks sepanjang masa iaitu 3,300 ETH.

Difahamkan, kali terakhir penjualan CryptoPunk #2924 berlaku adalah pada November 2020 dengan harga 150 ETH yang bernilai $71,400 pada masa itu.

Dan ia adalah salah satu daripada 24 apes dalam keseluruhan koleksi CryptoPunks yang merangkumi 10,000 gambar profil NFT unik serta merupakan NFT paling rare oleh Rarity Tools.

Sementara itu, identiti pembeli NFT tersebut masih tidak jelas namun ia telah dijual oleh pengumpul NFT yang mempunyai nama samaran terkenal.

Sebagai rekod, CryptoPunks adalah salah satu jenama NFT paling berharga kerana koleksi ETH menetapkan templat teras terhadap projek tersebut malah penghasilan jualannya setakat ini berjumlah 42.4 bilion.

Projek tersebut juga dilancarkan oleh Larva Labs pada 2017 dan menjualnya kepada Yuga Labs iaitu pencipta Bored Apes yang membenarkan pemilik menggunakan imejan Punk untuk seni serta projek terbitan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat