Walaupun Peluru Berpandu Ini Angkara Ukraine, Ia Tetap Salah Rusia! -NATO

577

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata kemungkinan besar peluru berpandu yang telah meragut dua nyawa di Poland pada pagi Rabu adalah dari Ukraine.

Difahamkan, peluru berpandu tersebut ditembak oleh Ukraine sebagai pertahanan dan membalas kepada serangan peluru berpandu Rusia.

Memetik kepada BBC yang melaporkan kenyataan tersebut, Stoltenberg juga mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai petunjuk bahawa ini adalah serangan yang disengajakan dari Rusia.

Beliau bagaimanapun tetap menyalahkan Rusia atas pencerobohannya yang berterusan ke atas Ukraine.

Ujar beliau yang menghadiri mesyuarat kumpulan sokongan untuk Ukraine, sekutu dan rakan NATO membuat ikrar baharu untuk sistem pertahan udara yang lebih maju supaya dapat menembak jatuh peluru berpandu Rusia.

Namun, cara terbaik untuk mengelakkan kejadian seperti ini pada masa hadapan adalah dengan Rusia menghentikan perang.

Rusia telah menjadi ‘suspek’ utama kepada peluru berpandu yang menimpa sebuah kampung di Poland sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa ketegangan baharu akan timbul.

Malah, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky juga terus menuduh bahawa peluru bepandu itu milik Rusia.

“Saya yakin bahawa ini bukan peluru berpandu kami,” ujar Zelensky dalam kenyataan di televisyen. “Saya percaya bahawa ini adalah peluru berpandu Rusia, berdasarkan laporan tentera kami.”

Beliau juga menggesa supaya Ukraine dibenarkan untuk turut serta dalam siasatan ke atas insiden tersebut yang berlaku di ladang di Przewodow, 6km dari sempadannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat