Walaupun Sempadan Dah Dibuka, AirAsia X Masih Terbang ‘Ke Laut’

236

‘Biasalah tu baru keluar dari krisis hutang kan.’

Peningkatan perjalanan udara selepas penarikan balik sekatan Covid-19 Malaysia pada 1 April lalu dilihat gagal membantu syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh, AirAsia X apabila prestasi kewangannya merosot.

Menerusi laporan kewangan syarikat, pendapatan bagi suku berakhir 30 Jun 2022 menyusut 5% dari RM113 juta kepada RM107 juta.

Digariskan bahawa prestasi kewangan buruk tersebut adalah disebabkan peruntukan baucer perjalanan sekali sahaja (one-off) yang diedarkan kepada pelanggan dan ejen pelancongan sebagai pampasan terhadap penstrukturan semula hutangnya.

Ulas kenyataan rasmi syarikat lagi bahawa peruntukan tersebut mencatat jumlah RM653 juta, yang membawa kepada kerugian sebelum cukai (LBT) pada RM652 juta.

Umumnya, syarikat yang terpaksa menjalankan penstrukturan semula hutang dan liabiliti telah mengeluarkan baucer promosi udara kepada pelanggan yang terkesan.

Sungguhpun begitu AirAsia X mengumumkan bahawa penstrukturan semula hutangnya sudah selesai dan mereka sedang bersiap sedia ‘memberi pengalaman perjalanan udara yang mantap kepada pelanggan’.

Terang Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Benyamin Ismail, walaupun terdapat banyak cabaran menanti seperti lonjakan bahan api serta kelemahan nilai ringgit namun beliau percaya mereka dalam ‘landasan pemulihan’.

Dalam pada itu, suka diingatkan bahawa syarikat sedang berusaha mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk menjalin perkongsian dengan Capital A group kepada EGM.

Setakat penulisan ini saham AirAsia X didagangkan mendatar pada 48 sen dengan permodalan syarikat sebanyak RM199.17 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat