Walaupun Susut, Ini Peningkatan Pertama Minyak Sejak Tiga Minggu!

268

Komoditi hitam didagangkan mendatar menjelang hujung minggu ketika Amerika Syarikat dan sekutu mempertimbangkan untuk melepaskan lebih banyak minyak daripada simpanan ke pasaran.

Ketika awal dagangan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada harga $118 setong, selepas menyusut sekitar 2.1% sesi sebelumnya.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula positif pada $112 setong susulan penyusutan 2.3% sebelum ini.

Emas hitam itu sebelum ini merosot selepas pengumuman Presiden Perancis Emmanuel Macron bahawa tidak ada keputusan mengenai penalti terhadap minyak, gas dan arang batu Rusia.

Ini sedikit meredakan kebimbangan pelabur jika EU mengambil tindakan drastik menyekat import Rusia serta merta kerana ia sangat bergantung pada 40% daripada gas negara itu.

Meskipun susut, tetapi kedua-dua penanda aras kini di landasan untuk kenaikan minggguan pertama mereka dalam tempoh tiga minggu.

Sementara itu, bagi membantu Kesatuan Eropah (EU) mengurangkan kebergantungannya terhadap import Rusia, Amerika menawarkan untuk membekalkan Eropah dengan lebih banyak gas asli cecair (LNG) kepada Eropah.

Secara berasingan, sumber OPEC mengatakan bahawa pegawai percaya kemungkinan sekatan EU terhadap minyak Rusia akan menjejaskan pengguna dan kumpulan itu telah menyampaikan kebimbangannya kepada Brussels.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat