Walaupun Tak Sambung Lonjakan, GBP/USD Tak Jatuh Bawah Paras $1.2100

101

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam memaparkan corak perlahan seperti hari sebelumnya, namun ada sedikit penurunan yang dilihat.

Seperti dijangka US dolar kekal mendatar ketika pelabur berhati-hati menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi.

Penurunan perlahan harga dilihat menguji paras 1.21000 yang kini menjadi paras sokongan semasa buat harga apabila harga dilihat melantun semula setelah menyentuh paras tersebut.

Namun, memberi isyarat bearish apabila harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Malah, pelabur juga menjangkakan pergerakan suram buat mata wang Pound ekoran di penghujung minggu bakal diterbitkan data pertumbuhan ekonomi UK yang diramalkan merosot.

Setelah menutup dagangan penghujung sesi New York di sekitar 1.21500, harga berlegar perlahan di sekitar tersebut menyambung dagangan pembukaan sesi Asia pagi Khamis ini.

Kenaikan harga jika berjaya diteruskan semula akan menguji rintangan pada zon 1.22000 yanga dicapai pada kenaikan di awal minggu lalu.

Sekiranya ditembusi, harga seterusnya akan mensasarkan pada 1.23000 dan boleh mencapai sehingga ketinggian 1.24000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu.

Namun, jika harga sebaliknya membuat penurunan, paras sokongan pada 1.21000 akan menjadi tumpuan sekali lagi untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) itu.

Susut lebih rendah akan memberi isyarat bearish lebih jelas dan mendorong harga kembali semula ke zon-zon tumpuan minggu-minggu sebelum ini seperti sekitar 1.20000 atau lebih rendah pada zon 1.19000.

Justeru, pelabur akan memantau terbitan data inflasi AS malam ini sebelum tumpuan beralih kepada data ekonomi UK pula pada Jumaat.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat