Walaupun Terdapat Sekatan Peraturan, Pendapatan TikTok Tetap Lonjak 70%

183

Kerajaan China yang buat pengetatan yang lain pulak terasa.

Pemilik aplikasi Tiktok, ByteDance mencatat pertumbuhan yang perlahan bagi tahun 2021 dengan jumlah pendapatan hanya meningkat sebanyak 70% tahun ke tahun (y-o-y) pada sekitar US$58 bilion.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2020 ByteDance mencatat pertumbuhan pendapatan sebanyak 100% pada US$34.3 bilion sementara pada 2021 pertumbuhan pendapatannya hanya melonjak 70%.

Selain ByteDance, syarikat-syarikat teknologi China lain turut terkesan dengan dasar pengetatan peraturan terhadap syarikat teknologi besar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengawal cara beroperasi dan berinteraksi dengan pengguna.

Tencent mencatat pertumbuhan suku ke-3 yang perlahan sejak ia diumumkan pada 2004.

Menurut laporan oleh seorang penyelidik di Interactive Marketing Lb Zhongguancun, ByteDance kekal di kedudukan ke-2 dalam pasaran pengiklanan dalam talian China tahun lepas dengan saham pasaran sebanyak 21%.

Tambah laporan itu lagi, secara keseluruhan, pertumbuhan jualan iklan dalam talian di China merosot 9.3% pada 2021 berbanding 13.8% pada 2020.

Secara ringkasan, ByteDance merupakan salah satu syrikat swasta terbesar di dunia dengan dagangannya dalam pasaran sekunder ekuiti swastanya pada US$300 bilion.

Ekoran usaha antitrust yang dilaksanakan oleh Beijing, ByteDance telah menstruktur semula perniagaannya dengan pengasasnya Zhang Yiming meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat