Walaupun USD Kukuh, Dolar Aussie Terus Tunjuk Taring!

472

US dolar meneruskan momentum pengukuhan sehingga ke sesi Eropah, membawanya ke paras tertinggi satu bulan berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Menjelang penerbitan data NFP Amerika Syarikat pada Jumaat, pelabur terus optimis terhadap kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) yang lebih agresif.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun juga melonjak melepasi 2.5% yang memberikan sokongan selanjutnya kepada US dolar.

Jangkaan ini turut merangsang hasil bon kerajaan 10 tahun Jepun (JGB) lebih tinggi ke paras tertinggi enam tahun pada 0.25% sehingga mendorong campur tangan oleh Bank Pusat Jepun (BOJ) mengumumkan tawaran mengejut untuk membeli JGB tanpa had pada Isnin.

Hal ini sekali gus mendorong mata wang yen terjun ke paras terendah terbaharu sejak Ogos 2015 berbanding greenback.

Pengukuhan US dolar turut menambah kesuraman dalam dagangan mata wang euro dan pound pada sesi Eropah.

Ketika USD melonjak lebih tinggi, dolar Aussie terus mengekalkan pengukuhannya untuk kekal dbertahan pada paras ketinggian empat bulan dengan sokongan dari peningkatan hasil bon Australia da kesan jangka panjang harga komoditi yang lebih tinggi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, delegasi dari Ukraine dan Rusia dijadualkan bertemu di Istanbul, Turki pada hari ini untuk mengadakan lebih banyak rundingan.

Menurut catatan yang didedahkan di laman Facebook pada Ahad, David Arakhamia, seorang pegawai Ukraine mengatakan bahawa perwakilan telah memutuskan untuk mengadakan pusingan rundingan tersebut secara peribadi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat