Wall Street Bagi ‘Penampar’ Sedas Ke Muka Pelabur

190

Indeks-indeks utama Amerika Syarikat (AS) ditutup bercampur namun cenderung ke arah negatif, mematahkan momentum rali dengan penyusutan dolar beri rangsangan kepada komoditi dan menekan hasil Perbendaharaan.

Keputusan laporan korporat suku ke-3 (Q3) Microsoft dan Alphabet yang lemah ekoran kejatuhan hasil pengiklanan serta kelemahan pertumbuhan perkhidmatan perkomputeran awan (cloud) menjejaskan beberapa indeks utama AS.

Alphabet dilihat mengalami penyusutan saham sebanyak 9% dengan Microsoft menurun 7% semasa sesi New York sementara Meta Platforms, yang mengeluarkan laporan pada pertengahan sesi, merudum 5%.

Ekoran itu, indeks Dow Jones Industrial naik 0.01% sementara indeks S&P 500 susut 0.74% dan Nasdaq Composite junam 2.04%.

Indeks STOXX 600 Eropah terus menikmati detik terindah dengan lonjakan 0.7% iaitu paras terkuat sejak 20 September sementara tolok MSCI saham global berundur dari paras tertinggi 5 minggu.

Di rantau Asia, Nikkei 225 Jepun bermula lemah dengan Topix hilang 0.92% sementara Kospi Korea Selatan tambah 0.7% dan Kosdaq raih 0.57%.

Tolok S&P/ASX 200 Australia naik 0.46% manakala indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun canak 0.51%.

Dalam pada itu, dolar terus mengalami penyusutan nilai dan diiringi hasil Perbendaharaan AS pada 4.007% yang seterusnya mendorong komoditi-komoditi utama dunia memuncak.

Spot emas mencapai paras tertinggi 2 minggu dengan lonjakan 0.65% sementara niaga hadapan emas meraih lantunan 0.7% pada $1,669.20.

Komoditi minyak menyaksikan niaga hadapan Brent canak 2.3% pada $95.69 dan minyak mentah AS menokok 3% pada $87.91.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat