Wall Street Dibuka Rendah, Para Pelabur Khuatirkan Kemajuan Rundingnan Hubungan Dagangan AS-China!

314

Bursa saham Wall Street dibuka sedikit rendah berikutan kekhuatiran para pelabur terhadap perkembangan rundingan dagangan AS-China dan pertumbuhan ekonomi zon Eropah yang perlahan menyebabkan kekhuatiran terhadap kegawatan ekonomi global semakin meningkat.

Aktiviti pembuatan di Jerman jatuh keparas terendah sejak 2009 pada bulan September. Dalam masa yang sama, sentimen sektor pembuatan di zon eropah jatuh ke paras terendah hampir 7 tahun dan sektor perkhidmatan hanya bertumbuh dengan perlahan.

Bursa saham Dow Jones jatuh sebanyak 35 mata atau 0.1%. Bursa saham S&P 500 ja mencatat kejatuhan 0.1%, namun Bursa Nasdaq jatuh sebanyak 0.18% setakat jam 11.00 p.m.

Saham Facebook dan saham Amazon antara yang terkesan iaitu masing mencatat kejatuhan 0.8% dan 1.3% selepas Morgan Stanley menurunkan sasaran harga sebanyak $100 kepada $2,200.

Saham Overstock.com pula mencatat kejatuhan yang besar iaitu sebanyak 12.8% selepas Pengurus Kewangan (CFO) syarikat tersebut meletak jawatan. Laporan tersebut sehingga menggelamkan berita perlantikan Jonathan Johnson sebagai CEO.

Syariakt Apple mencatat peningkatan sebanyak 0.4% selepas pentadbiran perdagangan Amerika Syarikat meluluskan 10 daripada 15 permohonan pengecualian cukai.

Dalam pasaran kewangan,Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan sebanyak 0.08% kepada paras 98.222 setakat jam 11.05 p.m.Rundingan perdagangan antara AS-China akan diteruskan pada bulan Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat