Wall Street Ditutup Lemah, Tumpuan Terarah Pada Powell

246

Pasaran saham Amerika Syarikat ditutup rendah semalam ekoran kebimbangan pelabur mengenai situasi ekonomi dunia yang dilihat kurang meyakinkan. Mengenai isu perang dagangan dan kegawatan ekonomi yang semakin reda, tumpuan pelabur kini mula terarah kepada Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell.

Powell yang dijangka berucap Jumaat ini di Jackson Hole lebih tertumpu kepada strategi beliau dalam membantu meningkatkan pasaran. Pelabur juga menunggu pengumuman sama ada berlaku lagi pemotongan kadar faedah dan pandangan beliau mengenai ekonomi di AS.

Terdahulu, Naib Pengerusi Rizab Persekutuan Randal Quarles akan memberi ucapan pada hari Selasa selepas pasaran ditutup mengenai keputusan bank pusat yang menurunkan kadar faedah sebanyak 25% untuk pertama kalinya sejak 2008. Laporan tentang minit mesyuarat pada Julai lalu pula akan dikeluarkan pada Rabu.

Indeks utama di AS masing-masing menunjukkan penurunan dimana Dow Jones jatuh 173.35 mata kepada 25,962.44 mata, S&P 500 turun 23.14 mata kepada 29,900.51 mata manakala Nasdaq merosot 54.25 mata kepada 7,948.56 mata.

Presiden Donald Trump dalam satu tulisannya di media sosial menyebut pihak Rizab Persekutuan seharusnya menurunkan kadar faedah sekurang-kurangnya 1%. Trump juga menegaskan kepada bank pusat supaya bertindak lebih proaktif.

Sementara itu, kerajaan China memberi beberapa petunjuk untuk mengembangkan ekonomi mereka. Liu Guoquiang, timbalan gabenor bagi bank pusat di China menyatakan masih ada lagi ruang untuk memotong kadar faedah di negara itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat