Wall Street Ditutup Rendah Mendorong Pembukaan Lemah Dalam Bursa Malaysia, Saham Asia Bercampur

47

Bursa Asia dibuka bercampur dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat dengan didorong oleh bursa Jepun yang lemah setelah Wall Street ditutup rendah kerana kekhuatiran pasaran terhadap kemajuan reformasi cukai US.

Indeks Nikkei 225 Jepun jatuh sebanyak 0.82%. Saham eksport utama diperdagangkan lemah kerana matawang US dolar yang menyusut berbanding matawang yen. Saham Toyota jatuh 1.73% dan Sony 0.4% lebih rendah. Saham perbankan juga mengalami kerugian sebanyak 1%.

Keyakinan perniagaan sektor pembuatan utama Jepun menunjukkan peningkatan pada suku tahun yang berakhir pada bulan Disember. Bacaan ini merupakan bacaan tertinggi 11 tahun lalu.

Bursa Korea Selatan, indeks Kospi naik sedikit sebanyak 0.69% selepas ditutup rendah pada hari Khams.

Saham blue-chips merupakan penyumbang terbesar terhadap peningkatan mata keuntunga pada awal sesi perdagangan hari Jumaat. Samsung Electronics naik 0.16%, SK Hynix naik 0.79% dan Hyundai Motor naik 0.66%.

Di Australia, indeks S&P/ASX 200 pula dibuka lemah 0.25%. Kejatuahan saham-saham di sektor kewangan merupakan penyebab kejatuhan menjad menjadi pemberat gerak bursa Australia.

Di Malaysia, saham malaysia dibuka rendah didorong oleh penutupan yang rendah dalam bursa Wall Street.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatat bacaan 1,753.24, susut 5.76 mata daripada penutup semalam, 1,759.00.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat