Wall Street Ditutup Tinggi Mendorong Saham Asia Dibuka Kukuh, Bursa Malaysia Mengalami Kejatuhan

128

Bursa Asia dibuka kukuh pada awal sesi dagangan Asia, hari Khamis.

Bursa Wall Street juga ditutup kukuh walaupun dihimpit dengan sentimen saham Apple yang mengalami kejatuhan. Kejatuhan saham Apple disebabkan iPhone X yang kurang permintaan. Kebanyakkan dalam kalangan pembekal Apple mengalami kerugian besar dalam saham mereka termasuk Genius Electronic Optical Co Ltd dan Pegatron Corp.

Indeks Nikkei, Jepun dibuka tinggi dengan peningkatan sebanyak 0.04% kepada 22.921, Indeks Topix jatuh 0.07% kepada 1.828. Manakala Indeks Hang Seng, Hong Kong naik 0.29% kepada 29.6847. Indeks Kospi Korea Selatan, naik 0.74% kepada 2.454.

Di Australia, bursa saham naik 0.1% kepada 6.0759, di Singapura juga naik 0.13% kepada 3.396.

Namun di Malaysia, akitiviti pengambilan untung oleh pelabur menyebabkan saham KLCI jatuh kepada 1769.75 selepas mencatat peningkatan pada awal pagi.

Di Eropah, bursa saham ditutup bercampur apabila Euro Stoxx, Dax mengalami kejatuhan , manakala bursa FTSE 100 naik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat