Wall Street Kecundang Walaupun FOMC Tepati Sasaran

402

Pasaran aset berisiko jatuh seperti yang dijangkakan sementara hasil Perbendaharaan tidak berubah dan dolar tidak menentu selepas Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas.

Buat masa ini Fed menepati ramalan dengan kadar faedah berada pada 4.50% dengan Presiden Jerome Powell mengeluarkan kenyataan bernada hawish bagi tahun 2023.

Ulas Powell bahawa data inflasi baru-baru ini menunjukkan pengecutan yang dialu-alu namun ia tidak cukup untuk mengukuhkan keyakinan terhadap penurunan kenaikan harga yang berterusan.

Sebelum ini indeks harga pengguna meningkat 0.1% pada bulan lepas, 0.2% lebih perlahan daripada jangkaan ekonomi dan untuk tempoh 12 bulan hingga November inflasi meningkat 7.1%.

Sungguhpun begitu pasaran ekuiti mengalami penyusutan dengan Dow Jones Industrial Average jatuh 0.4%, S&P 500 hilang 0.6%, and Nasdaq Composite turun 0.76%.

Di Eropah STOXX 600 turun 0.02% selepas naik 1.3% dalam sesi sebelumnya sementara indeks MSCI global susut 0.2%.

Pagi ini di Asia pula menyaksikan S&P/ASX 200 jatuh 0.43%, Nikkei 225 Jepun turun 0.2% sementara saham di Korea Selatan mendatar menjelang bacaan inflasi negara itu.

Ulas Chris Zaccarelli dari Independent Advisor Alliance bahawa Fed dilihat tidak mahu mengambil risiko risiko walaupun data inflasi dilihat menurun, selain terus memberi isyarat pengetatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat