Wall Street Kembali Pulih Selepas Yuan Stabil

213

Pasaran saham AS kembali pulih setelah hampir seminggu mengalami kejatuhan. Ini berikutan China kembali menstabilkan matawang mereka dan perkara ini membuatkan para pelabur kembali berminat untuk masuk ke dalam pasaran.

Indeks utama di AS kembali mencatatkan kenaikan dengan Dow Jones melonjak 311.78 mata kepada 26,029.52 mata, S&P 500 naik 37.03 mata kepada 2,881.77 mata dan Nasdaq menokok 107.23 mata kepada 7,833.27 mata.

Antara saham yang menunjukkan kenaikan ialah Facebook, Apple dan Microsoft. Facebook naik $2.78 kepada $184.51, Apple naik $3.66 kepada $197 manakala Microsoft naik $2.48 kepada $134.69.

Pengumuman Trump mengenai kenaikan tarif sebanyak 10% serta kenyataan beliau yang menyifatkan China sebagai pemanipulasi wang jelas menunjukkan bahawa tiada sebarang perjanjian baru dalam urusan dagangan akan dimeterai untuk tempoh masa yang terdekat.

Dalam pada itu, harga saham bagi Disney naik $3.57 kepada $141.87 berikutan keuntungan yang dilaporkan meningkat semalam. Disney juga telah mengumumkan akan menawarkan pakej pukal bagi tiga siaran iaitu Disney+, Hulu dan juga ESPN+ berharga $12.99 bermula 12 November ini.

Pengendali makanan berasaskan pizza, Papa John juga merekodkan kenaikan harga saham selepas mengumumkan keuntungan pada laporan kewangan syarikat mereka. Saham Papa John naik $0.51 kepada $43.25.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat