WallStreetBets Buat Kejutan Lagi!

1,146

Komuniti WallStreetBets (WSB) di Reddit membuat ‘kejutan’ lagi sekali apabila mengambil kira-kira 3,500 ekor gorilla sebagai haiwan angkat dalam tempoh enam hari.

Menurut portal KnowYourMeme, ahli komuniti berkenaan sering merujuk antara satu sama lain sebagai ‘beruk’ dan kata-kata watak Caesar dalam filem ‘Planet of the Apes’ iaitu ‘apes strong together’ digunakan sebagai moto dalam status Reddit.

Bagaimanapun, ada juga ahli komuniti yang mendakwa menggelarkan diri mereka sebagai ‘kumpulan beruk’ kerana berpandangan mereka adalah seperti monyet yang menekan butang di papan kekunci untuk membeli saham.

Anggota WSB juga sering kali menggunakan emoji gorilla dalam status mereka.

Sejak Jumaat minggu lalu, ahli WSB menghantar sumbangan sebanyak lebih AS$350,000 kepada pertubuhan Dian Fossey Gorilla Fund International yang melindungi gorilla gunung yang terancam.

Presiden pertubuhan berkenaan, Dr. Tara Stoinski melahirkan rasa gembira berhubung usaha komuniti WSB tersebut.

“Mereka benar-benar melakukan perbezaan untuk dunia kami dan menunjukkan apa yang boleh dicapai apabila manusia bersatu.

“Apabila kita menyelamatkan gorilla dan kita menyelamatkan hutan, kita menyelamatkan dunia kita,” ujarnya.

Menurut pertubuhan terbabit menerusi Twitter, berkemungkinan 20 lagi ekor gorilla akan diambil sebagai haiwan angkat menjelang hujung minggu ini.

“Selamat untuk menyatakan komuniti pelabur di Reddit bukanlah yang kami fikirkan sebagai penyokong kami secara tradisionalnya. Tetapi mereka benar-benar mengejutkan kami dan membuat kami terharu,” tambah Stoinski.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat