Walmart Rendahkan Unjuran Keuntungan, Isyarat Kemelesetan Ekonomi Makin Jelas

206

‘Penggerak utama ekonomi iaitu pengguna dilihat berhati-hati dalam perbelanjaan, ini tanda-tanda inflasi yang jelas.’

Gergasi peruncitan Amerika Syarikat (AS), Walmart Inc mengurangkan unjuran keuntungannya rentetan daripada tekanan inflasi yang menyebabkan pengguna mendahulukan barangan keperluan.

Difahamkan pengguna mempamerkan peralihan corak pembelian, di mana perbelanjaan keperluan seperti makanan menjadi keutamaan berbanding barangan lain termasuk pakaian dan elektronik.

Rentetan itu, Walmart telah mengemas kini unjuran pendapatan sesaham dengan mengurangkan unjuran suku ke-2 kepada 8%-9% dan setahun penuh kepada 11%-13%.

Sebagai perbandingan gergasi peruncitan tersebut sebelum ini menjangkakan catatan yang mendatar dengan kecenderungan naik sedikit bagi suku ke-2 sementara setahun penuh turun 1%.

Suka untuk diingatkan keputusan laporan suku ke-2 tahun fiskal Walmart akan diterbitkan pada 16 Ogos.

Umumnya, Walmart dianggap sebagai penggerak keseluruhan ekonomi AS ekoran statusnya sebagai pusat pengumpulan perbelanjaan pengguna terbesar.

Dengan tekanan inflasi terus memuncak dan corak pembelian pengguna dilihat mengurang, maka tidak hairan jika Walmart mengurangkan unjuran keuntungannya.

Tidak dilupakan juga pada suku lepas Walmart telah mengurangkan stok inventorinya bagi menyesuaikan dengan perbelanjaan yang kurang.

Dalam pada itu, peruncit tersebut dilihat meningkatkan ramalam jualan kedainya kepada 6% (tidak termasuk bahan api) pada suku-2 dengan kecenderungan terhadap produk makanan berbanding barangan lain.

Secara pukal, ia merupakan unjuran lebih tinggi berbanding sebelum ini pada 4%-5%.

Ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Doug McMillion, peningkatan paras makanan yang dicampur inflasi bahan api memberi kesan kepada corak perbelanjaan pengguna.

Di sisi berbeza, satu lagi gergasi peruncitan AS iaitu Target juga telah memaklumkan pelabur bahawa ia mengurangkan barangan tidak diingini dalam inventori.

Lantas ia akan memberi kesan terhadap keuntungan syarikat dalam tempoh jangka pendek jelas CEO Brian Cornell.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat