Warren Buffet Jual Kesemua Saham Syarikat Penerbangan A.S

1,910

Warren Buffet, salah seorang ahli jutawan dunia mendedahkan bahawa syarikatnya Berkshire Hathaway telah menjual kesemua sahamnya yang dilaburkan kepada empat syarikat penerbangan terbesar Amerika Syarikat (A.S).

Buffet yang sebelum ini mengelakkan diri daripada industri penerbangan, mula melabur kepada industri tersebut pada 2016.

Namun, akibat daripada wabak pandemik Covid-19 yang meruntuhkan industri penerbangan A.S sebanyak 95%, beliau akui beliau menyesal dengan pelaburannya.

Menurut laporan tahunan daripada syarikat tersebut, mereka memiliki pegangan sebanyak 11% dalam Delta Air Lines, 10% daripada American Airlines Co, 10% daripada Southwest Airlines Co and 9% daripada United Airlines pada akhir 2019.

Dilaporkan Berkshire Hathaway mengalami kerugian sebanyak $50 bilion pada suku pertama. Pelaburan ke atas empat syarikat penerbangan termasuk American Airlines Group Inc berjumlah sekitar $7 bilion atau $8 bilion.

“Kami tidak akan memberi dana kepada syarikat yang akan memerlukan wang dalam jumlah yang besar pada masa akan datang,” katanya di dalam mesyuarat tahunan syarikat yang diadakan secara dalam talian.

Bulan lalu, syarikat Buffet mendedahkan telah menjual 18% saham Delta dan 4% saham Southwest.

Menerusi jawapan Delta terhadap penjualan tersebut, mereka menghormati tindakan yang diambil oleh Buffet dan ahli syarikatnya, Berkshire. Manakala Southwest, American dan United tidak memberi sebarang komen.

 

Anda mungkin juga berminat