Warren Buffett Beli Lagi Saham Bank Kripto Bernilai $1 Bilion!

3,723

Warren Buffett sekali lagi membuat kejutan dalam dunia saham apabila syarikatnya, Berkshire Hathaway telah membeli saham NuBank bernilai $1 bilion (~RM4.2 bilion)!

Sebagai rekod, NuBank merupakan bank digital yang memfokuskan kepada mata wang kripto dan merupakan bank terbesar digital di Amerika Latin.

Melalui NuInvest, pelanggannya boleh melabur di dalam dana dagangan bursa yang bersandarkan kepada aset kripto. Salah satunya, ETF Bitcoin.

Sungguh ironi langkah yang diambil syarikat ini kerana pengasasnya pernah mendakwa aset kripto merupakan ‘racun tikus’ yang ‘tidak mempunyai nilai’!

Tidak cukup dengan itu, rakan kongsinya, Charlie Munger pernah meluahkan kekesalannya terhadap kewujudan mata wang kripto dan berharap ahli keluarganya tidak terlibat dengan perdagangan kripto.

Fuhh! Anti betul dua jutawan ini terhadap kripto!

Lebih menarik, rekod pada 14 Februari menunjukkan Berkshire Hathaway telah pun menjual saham Visa yang bernilai $1.8 bilion dan saham Mastercard, $1.3 bilion.

Ini juga sebenarnya bukan kali pertama Berkshire Hathaway membuat pelaburan terhadap NuBank. Pada 9 Jun, syarikat ini telah pun membeli saham NuBank yang bernilai $500 juta!

Akhirnya, jutawan ini terpaksa menelan semua kata-kata negatifnya terhadap kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat