Warren Buffett Sertai Kelab AS$100 Bilion!

2,279

Warren Buffett akhirnya menyertai kelab eksklusif AS$100 bilion yang turut merangkumi hartawan terkemuka seperti Elon Musk, Jeff Bezos dan Bill Gates.

Buffett, 90, yang juga merupakan pengerusi firma pelaburan, Berkshire Hathaway, telah menyaksikan saham syarikatnya melonjak ke paras tertinggi tahun ini.

Semalam, nilai kekayaannya mencecah lebih AS$100 bilion buat kali pertama.

Diangkat sebagai pelabur paling berjaya di dunia, Buffett sering mendermakan berbilion nilai hartanya untuk tujuan kebajikan.

Meskipun Buffett menduduki tempat teratas dalam senarai manusia paling kaya di dunia untuk tempoh beberapa dekad, namun nilai kekayaannya masih belum mencecah AS$100 bilion sehingga kini.

Salah satu puncanya adalah sikap beliau yang suka menderma. Buffett telah mendermakan sebanyak AS$37 bilion dalam saham Berkshire Hathaway sejak 2006.

Buffeet merupakan pengasas bersama kempen Giving Pledge. Bekas isteri pengasas Amazon, Jeff Bezos iaitu Mackenzie Scott turut menyumbang sebanyak AS$4 bilion dalam tempoh empat bulan tahun lalu menerusi kempen terbabit.

Nilai kekayaan Buffett datang daripada kepentingan yang dimiliki di Berkshire Hathaway. Beliau memiliki 1/6 daripada nilai pasaran syarikat itu yang berjumlah kira-kira AS$600 bilion.

Harga saham syarikat berkenaan melonjak 15% tahun ini, melepasi AS$400,000 sesaham.

Firma pelaburan itu berdepan tempoh sukar sejak beberapa tahun ini kebelakangan ini untuk memeterai perjanjian bagi mendorong pertumbuhannya.

Syarikat yang berpangkalan di Omaha itu merupakan pemegang saham terbesar Apple dan saham teknologi lain.

Berkshire Hathaway adalah syarikat tekstil yang gagal sebelum Buffett mengambil alih pada 1965. Kini firma tersebut memiliki lebih daripada 90 buah perniagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat