Waspada! AS-China Akan ‘Review’ Perjanjian Dagang Fasa 1 Bulan Ini

328

Pegawai kanan Amerika Syarikat dan China akan mengkaji semula perlaksanaan perjanjian perdagangan fasa pertama mereka melalui video konferens pada 15 Ogos ini.

Mesyuarat yang bakal diadakan setelah enam bulan memeterai perjanjian tersebut akan disertai oleh perunding utama dua negara iaitu Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer dan Perdana Menteri China, Liu He.

Di bawah perjanjian fasa pertama yang ditandatangani sejak Januari, China telah berjanji untuk mempertingkatkan pembelian barangan AS sebanyak $200 bilion termasuk produk berkaitan tenaga, pertanian dan pembuatan.

Walau bagaimanapun, berikutan daripada kemelesetan yang disebabkan pandemik coronavirus ia menyebabkan China jauh tersasar daripada komitmen untuk mencapai matlamat pada tahun pertama sebanyak $77 bilion.

Hal ini dapat dilihat daripada import barangan pertanian yang jauh di belakang untuk kenaikan sebanyak 50% yang diperlukan untuk memenuhi sasaran $36.5 bilion pada tahun 2020, malah ia juga lebih rendah daripada tahap pembelian pada 2017.

Selain itu, Beijing juga dilaporkan hanya membeli 5% daripada produk tenaga bernilai $25.3 bilion yang disasarkan oleh Amerika Syarikat berikutan dilemahkan oleh kejatuhan permintaan bahan bakar disebabkan krisis Covid-19.

Berikutan daripada ketegangan yang semakin meningkat antara dua negara itu, Presiden AS Donald Trump mengakui bahawa beliau sudah ‘tawar hati’ dengan perjanjian tersebut, tidak seperti apa yang dirasai ketika ia dimeterai pada awal tahun ini.

Pertemuan secara maya ini bakal menjadi tumpuan utama kepada pasaran untuk mendapat kejelasan mengenai hubungan antara dua negara itu dan sama ada perjanjian itu akan terus dilaksanakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat