Waspada Pelabur! USD Berundur Menjelang Minit FOMC

307

Pengukuhan US dolar sedikit mereda berikutan kewaspadaan pelabur menjelang pengeluaran laporan minit mesyuarat FOMC dan beberapa data ekonomi dari Amerika Syarikat hari ini (Rabu).

Ini memberi kelebihan buat kebanyakan mata wang utama dan pasaran saham walaupun kebimbangan terhadap wabak Covid-19 di China masih membelenggu pasaran.

Sementara menantikan minit mesyuarat diterbitkan, beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) telah memberi kenyataan mengenai hala tuju penetapan dasar yang seterusnya.

Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester mengulangi semula kenyataan beliau sebelum ini bahawa penurunan inflasi kekal kritikal buat bank pusat.

Sementara Presiden Fed Kansas City, Esther George berkata bank pusat mungkin perlu menaikkan kadar faedah ke tahap lebih tinggi dan membiarkannya lebih lama untuk menurunkan inflasi.

Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa masih terdapat pembuat dasar yang berpendapat kenaikan kadar perlu diteruskan dan ada juga yang berpandangan bahawa peningkatan yang lebih perlahan diperlukan.

Beralih kepada mata wang Eropah, euro sedikit meningkat berbanding US dolar di tengah-tengah isyarat yang bercampur daripada pegawai Bank Pusat Eropah (ECB) untuk kenaikan kadar faedah yang akan datang.

Terbaharu, pembuat dasar ECB Olli Rehn berkata ECB akan terus menaikkan kadar faedah, namun kadar kenaikannya akan ditentukan oleh kadar inflasi dan keadaan ekonomi keseluruhan.

Pelabur kini menantikan penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah dan UK pada sesi Eropah serta Amerika Syarikat pada sesi New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat