Waspada! Pembetulan Harga Berlaku Pada Trend Penurunan Carta EUR/JPY

218

Mata wang safe-haven Yen pada dagangan Selasa semalam kembali bergerak susut berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran. Adakah ini petanda sentimen pasaran sudah pulih?

Masih awal untuk menilai risiko krisis antara Rusia dan Ukraine sudah mereda. Malah, ketegangan bakal meningkat dengan campur tangan pihak Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan sekatan ke atas Rusia apabila tidak menyenangi tindakan Rusia yang dilihat mencabuli undang-undang antarabangsa.

Namun, penyusutan Yen berlaku semalam adalah dilihat sebagai reaksi pasaran terhadap kenyataan oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang percaya bahawa peperangan tidak akan berlaku.

Pelabur juga berkemungkinan melihat peluang untuk memasuki dagangan pada harga yang lebih baik dengan mengambil dahulu keuntungan pada posisi sebelum ini.

Seperti yang diperhatikan pada pergerakan harga di carta EUR/JPY, harga telah membuat penurunan pada awal minggu sehingga ke zon sokongan harga sekitar 129.400.

Pada kenaikan harga berlaku semula pada sesi Eropah semalam menguji paras 130.700 iaitu zib SBR (support become resistance) namun gagal ditembusi.

Harga susut semula dan bergerak mendatar sehingga penghujung sesi New York dan kekal perlahan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sehingga dagnagan bersambung ke sesi Asia dan awal pembukaan sesi Eropah hari ini (Rabu).

Zon SBR 130.700 masih akan dinilai untuk diuji harga bagi pelabur mendapatkan petunjuk pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya sentimen pasaran kian memulih dan memberi kesan penyusutan terhadap Yen, harga dijangka untuk melepasi rintangan pada zon SBR 130.700 dan menguji pula zon SBR 131.600.

Kenaikan lebih tinggi yang akan diteruskan bakal menuju sehingga ke zon 133.00 yang menjadi paras tertinggi dicapai harga dalam tempoh dagangan 3 bulan ini.

Sebaliknya jika harga menyambung semula corak penurunan harga, zon sokongan 129.400 bakal ditembusi untuk harga susut lebih rendah menuju ke zon 128.400 hingga 128.00.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat