Waspada Trader! Pentadbiran Trump Pula Tampil Dengan Rancangan Baru

479

Ketika Demokrat dan Republikan masih berusaha untuk mencapai kesepakatan dalam pakej coronavirus tambahan, pentadbiran Trump pula tampil dengan langkah rangsangan baru yang bernilai $916 bilion.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin menyampaikan rancangan tersebut dalam rundingannya bersama Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi.

Mnuchin memberitahu perkara tersebut dalam ciapannya di Twitter, dengan mengatakan pakej bantuan itu termasuk wang untuk kerajaan negeri dan daerah iaitu yang menjadi keutamaan kepada Demokrat dan keutamaan buat Republikan iaitu perlindungan untuk perniagaan.

Sebelum ini, Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell telah menyarankan agar penggubal undang-undang meluluskan bantuan coronavirus yang tidak termasuk perlindungan liabiliti atau bantuan kepada kerajaan negeri dan daerah kerana ia adalah salah satu peruntukan yang menjadi isu utama yang mengekang kesepakatan untuk pakej rangsangan dilancarkan.

Bagaimanapun, Pelosi dan Pemimpin Demokratik Senat Chuck Schumer menolak idea McConnell dan menuduh beliau cuba menghalang usaha bipartisan untuk mencapai kesepakatan.

Pelosi dan Schumer juga mengatakan rancangan bantuan oleh White House tidak boleh diterima walaupun ia merangkumi pembayaran $600 untuk rakyat Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat