WeChat Putuskan Peraturan Lebih Ketat Ke Atas NFT! Adakah Ini Suatu Petanda Awal?

378

Aplikasi pemesejan terbesar di China, WeChat terbaru telah memperkenalkan peraturan yang lebih ketat keatas token NFT. Berdasarkan laporan, platform tersebut melarang akaun umum yang terlibat berkaitan NFT sebagai rangka dalam mematuhi peraturan baharu.

WeChat, yang mempunyai lebih daripada 1.1 bilion pengguna harian, mengeluarkan peraturan baharu mengenai pengeluaran aset digital. Kemaskini “Code of Conduct” menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 3.24, mana-mana akaun yang terlibat dalam pengeluaran, perdagangan dan pembiayaan mata wang maya akan dihadapkan dengan klausa-klausa tertentu. Akaun yang dikenal pasti akan dihadkan daripada fungsi tertentu yang boleh membawa kepada larangan kekal.

Peraturan yang dikemas kini menyebut bahawa akaun yang menyediakan transaksi sekunder NFT juga akan disabitkan di bawah akta tersebut. Berdasarkan laporan, WeChat telah menyekat akaun rasmi “NFTea Digital Tea Ticket” kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Akaun itu didapati melakukan transaksi sekunder koleksi digital.

Sebelum ini, WeChat menyekat sejumlah besar akaun yang berurusan dalam NFT. Langkah ini dibuat selaras dengan peningkatan penelitian daripada kerajaan China. Walau bagaimanapun, resolusi ini diambil untuk mengelakkan spekulasi perdagangan aset digital berisiko. WeChat juga mengeluarkan notis kepada beberapa platform NFT untuk mendaftarkan sijil kelayakan jika untuk melibatkan lebih lanjut.

Kerajaan China telah menjadi negara yang mengenakan tindakan keras terhada mata wang kripto. Pihak mereka juga telah pun mengharamkan mata wang kripto dan perlombongan kripto. Pada bulan April, institusi kewangan dan keselamatan China melancarkan inisiatif untuk mencegah risiko yang berkaitan dengan aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat