Whale Deposit $8.38 Juta Dalam 5 Token Ini Ke Binance, Petanda Baik Atau Buruk?

764

“Alamak, kenapa whale tiba-tiba bertindak sebegini?”

Spotonchain, penjejak tracker on-chain mengenal pasti terdapat seorang smart trader yang sebelum ini menjana keuntungan berjuta-juta telah bertindak memindahkan $8.38 juta dalam lima mata wang kripto berbeza ke dalam Binance.

Trader tersebut mendepositkan 40,000 AAVE bernilai $3.65 juta, 265,000 Venus (XVS) bernilai $2.47 juta, 799,000 Blur (BLUR) bernilai $287,000, 2.68 juta Polygon (MATIC) bernilai $1.73 juta dan 246,000 Arbitrum (ARB) bernilai $240,000 pada Khamis semalam.

Suka dimaklumkan penganalisis Spotonchain mendedahkan trader yang sama sebelum ini turut memperoleh lebih $11 juta keuntungan sejurus selepas melabur dalam Pepe Coin (PEPE) dan Uniswap (UNI).

Daripada lima token didepositkan oleh pemegang wallet itu, harga AAVE yang merosot 3% semalam mungkin akan melanjutkan penurunan susulan daripada bekalan token DeFi di bursa kripto yang meningkat hampir 4% pada Jun 2024.

Peningkatan bekalan di bursa kripto cenderung memberi isyarat tekanan jualan lebih tinggi ekoran lebih ramai trader didapati sudah memindahkan pegangannya daripada wallet mereka ke bursa aset digital.

Sebaliknya, data Santiment menunjukkan bahawa XVS, MATIC dan ARB melihat penurunan dalam bekalan bursa kripto yang membawa makna terdapat kurang tekanan jualan daripada deposit kepada bursa aset digital.

Metrik Address Aktif yang mengenal pasti sama ada aset digital adalah relevan dalam kalangan peserta pasaran kripto pula telah menurun untuk kedua-dua aset digital tersebut pada bulan Jun 2024 setakat ini.

Sementara penguasaan sosial untuk XVS telah mencapai kemuncak enam bulan biarpun terdapat pembetulan harga baru-baru ini, di mana penguasaan sosial XVX naik pada 0.071% yang menunjukkan aset digital itu makin dibincangkan di kalangan peserta pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat