‘Whale’ ETH Tidak Gentar, Shiba Inu Kekal Jadi Rebutan Di Tengah Kejatuhan Pasaran!

514

Harga Shiba Inu (SHIB) telah berhadapan dengan tekanan jualan yang besar-besar sepanjang minggu lalu. Walau bagaimanapun, kejatuhan harga ini tidak mematahkan strategi yang diamalkan oleh para ‘Whale’ dimana kelompok ‘Whale’ Ethereum (ETH) terbesar kekal mengumpul lebih banyak token SHIB.

Berdasarkan Whale Stats, dua wallet ikan paus ETH memborong lebih daripada 533 bilion token Shiba Inu dalam tempoh 24 jam yang lalu. Pembelian terkumpul ini berjumlah $5.6 juta. Langkah ini telah mendorong pertambahan jumlah nilai pasaran dan dalam masa yang sama menjadikan SHIB berada dalam 10 pembelian teratas 100 paus ETH terbesar sepanjang hari lalu.

Wallet ‘Whale’ ETH bernama “Gimli” telah menambah 386 bilion Shiba Inu dalam dua transaksi. Pembelian itu menelan belanja sekitar $4.06 juta. Walau bagaimanapun, kelompok ‘Whale’ tersebut membeli sekitar 200 bilion token SHIB (bernilai lebih kurang $2.075 juta) dalam satu transaksi sahaja.

Berdasarkan data yang lain, kelompok ‘Whale’ ETH yang berbeza bernama “BlueWhale0159″ memperoleh 147 bilion (bernilai lebih kurang $1.55 juta) dalam satu transaksi.

Penelitian menunjukkan Shiba Inu masih merupakan token terbesar yang dipegang oleh 100 ‘Whale’ ETH teratas berdasar nilai dolar. Setakat ini kelompok ‘Whale’ terbesar memegang token SHIB bernilai kira-kira $540 juta. Ini menjadikan pegangannya sekitar 21.23% secara keseluruhan. Namun begitu, Decentraland (MANA) tetap menjadi token yang paling banyak dipegang oleh ‘Whale’.

Penjejak Whale melaporkan bahawa paus ETH Top 2000 memiliki lebih daripada $633.9 juta token Shiba Inu.

Harga Shiba Inu telah melonjak lebih daripada 3% dalam tempoh 24 jam yang lalu. SHIB didagangkan pada paras harga $0.00001077. Namun begitu, ia masih didagangkan 87% di bawah daripada tertinggi sepanjang masa (ATH) $0.000088.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat